assalamualaikum duhai diri ciptaan ilahi...
hari ini 18 sya'aban 1431 hijrah. lebih kurang 12 hari lagi, ramadhan bakal tiba...
bila direnungkan kembali ramadhan tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, terasa hina dan daifnya diri ini di hadapan ALLAH. apa tidaknya? diri ini tetap menanti kedatangan ramadhan, cuma dengan hati gundah kerana persiapan aidilfitri masih belum selesai...
"nak cat rumah tak raya ni ye? langsir rumah nak warna apa ya tahun ni? apa ya tema warna di pagi aidilfitri? berapa jenis kuih nak tempah ni? di mana nak shopping baju anak-anak ya? berapa pasang baju nak dibeli untuk keena & rayyan? alamak, bajuku yang tempah di semenyih belum siap-siap lagi, sempat ke siap sebelum raya ni?"
aduh... banyaknya kegelisahan duniawi yang datang menghimpit diri bila mana ramadhan makin menghampiri. kedatangan ramadhan dinanti bukan kerana kelebihan yang ALLAH janjikan ada di dalamnya. terlepas pandangkah dek diri ini akan kelebihan bulan mulia ini?...
"ALLAH bukakan seluas-luasnya pintu-pintu syurga, ditutupkan serapat-rapatnya pintu-pintu neraka, diikat sekuat-kuatnya segala syaitan dan dibuka seluas-luasnya juga pintu rahmat."
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, maka ALLAH akan ampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
"Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada ALLAH pada bulan ramadhan dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat), maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan 70 amalan fardhu."
masya allah, betapa ALLAH mahu menolong hamba-hambaNya supaya beribadat kepadaNya dengan sepenuh hati pada bulan penuh barakah ini. tapi, sedarkah wahai diri ciptaan Ilahi?
wahai diri ciptaan Ilahi, pohonlah kepadaNya agar ramadhan kali ini tiada lagi kegelisahan duniawi itu di hatimu. persiapan aidilfitri, buatlah secara sederhana, lebihnya hanya untuk anak-anak, sebelum tibanya ramadhan. supaya apabila ramadhan tiba, seluruh hati dan diri ini akan diserahkan kepada ALLAH. puasaku untuk ALLAH, solatku untuk ALLAH, tadarrusku untuk ALLAH dan amal jariahku untuk ALLAH.
diri ciptaan Ilahi ini berdoa semoga hati ini ditetapkan. berdoa penuh rasa hina, agar diberi kesempatan untuk 'menikmati' ramadhan kali ini. diri ini juga memohon penuh pengharapan, agar ramadhan kali ini memberi seribu satu manfaat. bukan sahaja dengan puasa penuh tawaddu', tetapi juga dengan solat penuh khusyu', tadarrus al quran penuh penginsafan & amal jariah penuh keikhlasan.
YA ALLAH, semoga diringankan tubuh badan ku tanpa makan & minum di bulan ramadhan ini, supaya mudah untuk beribadat kepadaMU. Amin...
No comments:
Post a Comment