Thursday, September 27, 2012

Kek Kukus Chocolate Moist (II)

Nota Syukur 27 September 2012.

Alhamdulillah, berjaya buat Kek Kukus Chocolate Moist buat kali kedua. What's  more, kali ni buat 2 kek sebab ada tempahan daripada sepupu a.k.a best friend (till Jannah, Insya Allah), Cik Salwana atau nama glam nya 'Kak Ngah'. Truthfully, masa dia cakap nak order tu, I suddenly got butterflies in my stomach! Yelah, saya baru belajar2 je buat kek, tak sangka ada pulak yang nak order. Tapi, sebab kebetulan memang plan nak buat kek untuk anak-anak malam tadi, so, saya terima lah order dia. Sebenarnya lebih kepada niat nak tolong buatkan je. Mana tau kan, this is a stepstone for something more... ;)

Maha Suci Allah, lepas dah bancuh kek semua, masa nak kukus, bekas yang baru saya beli untuk kukus kek tu tinggi sikit daripada bekas kukus tu sendiri, so, tak boleh tutup lah kukus tu. Allahu Akbar, saya pun dengan tawakkal kepada Allah, letak je tutup kukus tu atas bekas kek (maksudnya kukus tu tak tertutup rapat). Daripada masa kukus sepatutnya hanya 1 jam setengah, kek ni siap hanya selepas 2 jam setengah dikukus. Huhuhu... Memang lama, tapi Alhamdulillah dapat juga disiapkan. Tinggal rasa je tak pasti macam mana, hopefully ok.. Kita tunggu verdict cik yang order ye...

Saja nak kongsi resipi yang saya guna untuk kek ni. Saya dapat di sini. Terima kasih banyak kepada tuan punya resipi! :D

KEK KUKUS CHOCOLATE MOIST

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder (saya guna 1 sudu kecil sahaja)
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
Esen vanilla
(untuk topping:)
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla

Cara:
  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & baking soda.
  2. Panaskan kukus.
  3. Pukul telur hingga berbuih, masukkan gula & pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  4. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam telur, selang selikan dengan air suam.Kacau guna senduk kayu atau spatula.
  5. Masukkan beberapa titik esen vanilla, susu pekat & minyak masak. Kacau sebati, tetapi jangan terlebih kacau. Guna kaedah 'kaup-balik'. (Kacau adunan ke arah kita dan seolah-olah buat nombor 8. *** Memang lenguh sikit kacau guna kaedah ni, hehe...***
  6. Masukkan adunan dalam acuan kek 20 cm, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam - 1 jam setengah.
  7. Untuk topping: Masak semua bahan secara 'double boiler'. (Saya masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca & letak atas periuk berisi air.)
  8. Bila kek dan topping dah agak sejuk, tuang topping atas kek dan ratakan. Lepas tu boleh tabur chocolate rice. 

    
    Comotnya sapuan topping, kerja amatur... huhuhu... ;)
     
  9. Close-up
     
    Selepas disejukkan dalam peti sejuk
    
    Ready for delivery! :)
    

No comments:

Post a Comment