Malam tadi, Rayyan tidak dapat tidur dengan lena. Selain selsema yang menyebabkan pernafasannya terganggu, Rayyan tiba-tiba mengadu sakit telinga. Kerana tidak mahu mengganggu tidur Ayah, Ibu cuba melihat telinga Rayyan di dalam gelap dengan lampu suluh, tetapi tiada apa-apa yang pelik pada pandangan mata Ibu yang mengantuk. Lalu Ibu cuma tiup telinga Rayyan perlahan-lahan untuk melegakan sakit dan memujuknya supaya tidur semula. Alhamdulillah, setelah seketika, Rayyan akhirnya melelapkan mata.
Keesokan paginya, Ibu membawa Rayyan berjumpa Dr Esa, Pakar ENT. Memang benar jangkaan Ibu, telinga Rayyan terkena jangkitan kuman lagi. Memang sudah beberapa kali Rayyan mengalami jangkitan telinga seperti ini dan Dr Esa pernah memberitahu Ibu, sekali terkena jangkitan ini, memang agak mudah untuk terkena lagi. Wallahu A'lam, Ibu hanya berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik kepada kita sekeluarga. Dr Esa membekalkan ubat Antibiotik dan krim untuk disapukan ke telinga Rayyan dan meminta supaya Ibu membawa Rayyan berjumpanya semula pada minggu hadapan.
Dalam perjalanan pulang dari klinik:
Ibu: Ibu nak pergi kerja lepas ni, Rayyan be a good boy, tinggal rumah dengan Bibik ye...
Rayyan: Ala... Tak nak duduk dengan Bibik, nak duduk dengan Ibu... (dengan mulut 'moncong'..)
Ibu: Ibu kena pergi kerja lah sayang, Rayyan rehat kat rumah, baring tengok Upin & Ipin ye?
Rayyan: Nak tengok Upin & Ipin dengan Ibu... (mulut makin 'moncong')
Ibu: Kita beli gula-gula kat kedai ye, lepas tu Rayyan tengok Upin & Ipin sambil makan gula-gula. Boleh?
Rayyan: Ok...
Ibu: (Lega, berjaya pujuk..)
Bila tiba di kedai, bukan gula-gula yang dicari Rayyan, tapi...
Senapang!!! |
Ibu gembira tengok Rayyan gembira dengan senapang baru. Sangka Ibu, Ibu dapat pergi kerja dengan tenang, sebab Rayyan sudah teruja dengan senapang baru. Rupanya sangkaan Ibu meleset.
Ibu: Ok, Rayyan main senapang, Ibu pergi kerja dulu ye?
Rayyan: Ala... Ibu tak payahlah pergi kerja, Rayyan sakit telinga ni. (Tiba-tiba sakit datang balik, sedangkan tadi bila dapat senapang baru macam dah hilang sakit!)
Ibu: Kan Ibu dah belikan Rayyan senapang baru, Rayyan mainlah kat rumah dengan Bibik.
Rayyan: Tak nak, nak main dengan Ibu. (Sambil mula nak nangis...)
Ibu: Ok2, nanti petang Ibu balik kerja, Ibu belikan Rayyan gula-gula pulak, ok? (Beli senapang sampai tak mahu beli gula-gula!)
Rayyan: Tak nak gula-gula! (Dah mula nangis)
Ibu: Ok, habis Rayyan nak apa? Nanti Ibu belikan ye?
Rayyan: Rayyan naakk...... (fikir...)
Ibu: Lori?
Rayyan: Tak nak!
Ibu: Traktor?
Rayyan: Tak nak!
Ibu: Habis tu?
Rayyan: Yayen tak nak pape-pape, Yayen NAK DUDUK DENGAN IBU SEKEJAP JE...
Ibu: (Terdiam. Sebak. Insaf. Terus duduk, pangku dan peluk cium Rayyan.)
Dan lebih kurang setengah jam kemudian, Ibu pun pergi kerja dengan tenang, dengan Rayyan melambai-lambai tangan sambil ketawa ke arah Ibu di dalam kereta.
Pengajaran buat Ibu:
1. "My PRESENCE near my children is the most wonderful PRESENT for them."
2. "My mother's PRESENCE near me is the most wonderful PRESENT for me."
3. "My children's PRESENCE near me is the most wonderful PRESENT ever."
Syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang telah mengurniakan rasa kasih dan sayang ini di hati-hati kita. Semoga Allah meningkatkan lagi ikatan kasih dan sayang di antara kita sekeluarga.
menitik air mata baca dialog rayyan..isk isk..(T T)
ReplyDeleteBetul la Allah kata. Anak itu, ibu bapa yang mencoraknya. Bukan setakat apa yang kita ajarkan, tapi start daripada rezeki cmne yg kita bawa balik, cmne kita treat life kita & ibu bapa kita. itu direct & indirectly akan membentuk anak-anak.
Rohaninya, aku rasa (& doakan) rayyan & kasreena (& lain-lain..hehe) akan berjaya menjadi mukmin. Aku harap sangat diorang ni dapat bimbing saudara mara kita (& umat) suatu hari nanti. Hopefully cita-cita Kasreena 'nak jadi macam cik afa' akan termakbul, malah lebih daripada itu!
Baca kisah rayyan ni, teringat kisah prof kamil pasal anak kawan dia kat madinah. All in all, tentu ada sesuatu yang betul yang telah kaulakukan untuk diri & anak-anak..
p/s: bila hati kita ikhlas mahu mendekati Tuhan, Dia akan usik hati kita hatta akan benda-benda sekecil habuk pun..(ayat aku ni..bukan ayat ciplak..^_^)
amin... (aminkan doa kau semoga anak-anak kita semua berjaya menjadi mukmin)
ReplyDeleteamin... (aminkan doa kau semoga cita-cita Kasreena 'nak jadi macam cik afa' akan termakbul)
amin... (aminkan doa kau tentu ada sesuatu yang betul telah aku lakukan untuk diri & anak-anak)
suke pesanan terakhir kau yg kau kata ayat kau, bkn ayat ciplak tu... hehe... tq3, kata2 pemberi S.E.M.A.N.G.A.T ! ;D