|
Sumber Foto: tazkirahs.blogspot.com |
583. Itu yang telah saya belanjakan untuk perubatan saya dan anak-anak di klinik (swasta) sejak 16 Jan 2011 hingga 2 Feb 2011. Bermula dengan demam, selsema dan batuk yang menyerang Keena dan Rayyan, dan berakhir dengan saya ditimpa
Bronkitis Akut. Untuk bulan Januari sahaja, saya telah bercuti sakit selama 6 hari. Saya berdoa ujian kesusahan ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Keena diberi tanggungjawab menjadi Penolong Ketua Kelas. Terbit rasa bangga dalam hati saya, cepat-cepat saya beristighfar. Sebagai seorang ibu, tanggungjawab saya adalah membimbing Keena supaya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Bukan mudah. Rasa bangga sahaja tidak cukup. Subhanallah, ujian kesenangan, seiring dengan ujian kesusahan. Saya berdoa ujian ini bukan sahaja buat Keena jadi seorang pelajar dan anak yang lebih baik, malah saya juga akan jadi seorang ibu dan hamba Allah yang lebih baik!
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
|
Barakallahulakuma, Asyraf & Leela Zalila. Foto: Pinjam Profile Picture Asyraf! ;) |
30 Jan 2011, hari bersejarah buat adik saya, Asyraf. Beliau dinikahkan dengan Leela Zalila di Masjid Al Hidayah Baru, Taman Melawati. Pernikahan di masjid sungguh tenang dan menginsafkan, pada pandangan saya. Hujan yang turun sepanjang hari pada hari itu bagai rahmat. Syukur, Asyraf kini seorang suami. Seiring gelaran itu, tanggungjawab terpikul di bahunya. Saya harap dia mengerti betapa besar tanggungjawab dan ujian (kesenangan & kesusahan) kepada seorang yang bernama suami. Saya doakan Asyraf menjadi seorang suami yang baik. Ya Allah, berilah dia petunjuk. Sungguh, saya sayang dia.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
|
Sumber Foto: lockonme.wordpress.com |
Pada suatu petang, sms dari suami berbunyi - "Tak yah masak, ayah bawak balik durian runtuh." Saya rasa senyum saya lebar sampai ke pipi. Alhamdulillah. Pulang kerja, suami bawa saya dan anak-anak ke Alamanda. Bila suami bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina, dia bawa saya dan anak-anak bercuti ke selatan Semenanjung, PD-JB-PD-MELAKA. Walaupun letih, bila tengok muka suami dan anak-anak seronok, saya pun seronok! Syukur Alhamdulillah. Saya berdoa ujian kesenangan ini juga menjadikan kami sekeluarga tidak lupa Allah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
|
Sumber Foto: www.crosswalk.com |
Slip gaji yang saya terima bila masuk kerja semula pada 7 Feb 2011 juga buat saya tersenyum. Sambil ada perasaan sedikit malu kerana rasanya prestasi kerja 2010 tidaklah secemerlang mana, saya panjatkan juga kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Esa. Saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab kerja dengan lebih baik pada 2011 ini. Terima kasih, bos! :) Saya berdoa ujian kesenangan ini buat saya lebih bersemangat untuk beribadah kepada Allah. Kerja pun ibadah juga, kan? ;)
Ingin terus meraih solehah, demi cinta kepada Allah.