Friday, March 23, 2012

Berita Gembira

Petang Rabu, 21 Mac 2012, kepulangan Ibu dari pejabat disambut Keena dengan wajah berseri-seri dan sangat gembira. Lantas penat yang Ibu rasakan kerana bebanan kerja sehingga jam 7 petang pada hari tersebut sedikit hilang apabila melihat wajahnya itu. Tidak sabar dan tanpa menunggu Ibu masuk ke dalam rumah, dia menerpa ke arah Ibu dan menghulurkan;~



Ibu tersenyum membaca surat Keena. Penat yang tadinya membeban hilang serta merta. Alhamdulillah, bukan hanya kerana Keena dapat nombor satu dalam kelas atau kerana peratusnya 95%, tetapi Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, lebih lagi kerana Keena tidak lupa bersyukur kepada Allah dan tidak lupakan Ibu & Ayah pada saat gembira ini. Ibu sedikit tersentuh dan insaf kerana hakikatnya, kadangkala, Ibu juga terlupa hendak mendoakan Keena. Namun, betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah, doa Ibu yang sangat sedikit disertai amalan yang sangat tidak seberapa itu pun diperkenan-Nya. Malunya Ibu dengan Allah... 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa,) Wahai Tuhan kami, janganlah Kau menghukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, dan janganlah Kau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, dan janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya untuk memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan rahmatilah kami. Kau lah penolong kami, maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." 
~ Al-Baqarah (286) ~

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah di atas berita gembira ini dan pengajaran tersirat yang Kau datangkan dengannya...
Semoga jadi anak solehah, Kasreena Rumaisya kesayangan Ibu & Ayah...

No comments:

Post a Comment