Thursday, September 6, 2012

Diari Aidilfitri 2012 - Syawal 1433H

Nota Syukur 1 Syawal 1433H.

Alhamdulillah atas nikmat sambutan Aidilfitri pada 1 Syawal yang lalu. Sambutan serba sederhana di rumah Mak & Abah (mertua) di Kajang tidak mengurangkan kemeriahan dan kegirangan berkumpul dengan ipar duai. Walaupun Mak kurang sihat kerana sedikit kemalangan kecil terjatuh di bilik air beberapa hari sebelum Aidilfitri, Mak tetap tersenyum melihat anak cucu (& cicit) bergembira. Ketiadaan Mak & Ayah serta Ayun & Efa yang menyambut Aidilfitri kali ini di Kedah, dan Acab, Ekah & Ean pula berhari raya di rumah mertua masing-masing, sedikit mengurangkan seri Aidilfitri. Namun, nikmat meraikan hari kemenangan ini bersama suami & anak-anak tercinta tetap disyukuri. Doa dan harapan tulus di hati, semoga Aidilfitri kali ini benar-benar mengembalikan kita semua kepada FITRAH kita yang SUCI.

Malam Raya, teruja main bunga api! :D

Di Pagi 1 Syawal 1433H

"PEACE!"


Syamil 'Atoi'... ;)
"Selamat Hari Raya, Atok! Maaf Zahir Batin... Nak duit raya?" ;D
"Selamat Hari Raya Nenek... Maaf Zahir Batin..."
Nikmat yang sangat-sangat wajib disyukuri: Cium tangan Abah di pagi Syawal...

... dan cium tangan Mak juga... Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Mak & Abah untuk terus beribadah...

Keena cium tangan Neneknya

Abah Mertua & Menantu Bongsu.. ;)

Along

Along & Cucu; Hadif 'Bolat'! :D
Keluarga Along
Keluarga Alang

Itam, Uda & Anjang
Keluarga Ateh
Keluarga Acik
Keluarga Ucu (kami lah tu!) ;)
Keluarga besar kami!
Bunga Kertas di halaman rumah pun ceria menyambut Aidilfitri, SubhanAllah!
*Gambar-gambar: Kredit kepada Itam. Terima kasih Itam! :D

No comments:

Post a Comment