Wednesday, January 12, 2011

Semuanya datang dari Allah, Alhamdulillah... :)


Kasreena Rumaisya, anak kesayangan ibu diberi hadiah oleh guru kelasnya. Mulanya, bila dia cerita dia dapat hadiah, saya sangka semua pelajar diberi hadiah sebab sekolahnya masih dalam Program Transisi dan Guru Penyayang. Mungkin itu cara cikgu nak ambil hati pelajar tahun satu.

Tapi bila dia tunjukkan pada saya dan suami hadiahnya (seperti di atas), hati saya terus berbunga-bunga gembira dan bersyukur tak henti-henti ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini. Saya berdoa semoga Keena terus menjadi yang terbaik, bukan hanya dalam pelajaran, lebih penting, menjadi seorang muslimah yang terbaik, Amin. :)

p/s: Ini baru dapat Pelajar Terbaik Transisi dalam kelasnya sahaja, tapi saya sudah sangat gembira! Maaflah ya kalau 'over', tapi saya memang sangat teruja! ;D Hilang rasa letih kena buat semua kerja rumah dan urus anak-anak sendiri sejak ketiadaan pembantu! ;)

Selain kesyukuran yang teramat sangat saya panjatkan kepada Yang Esa, terselit rasa insaf dan kerdilnya diri apabila terbukti, Allah mendengar doa saya. Sejak hari pertama persekolahan, saya tidak henti-henti mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Keena di sekolah. Saya sedikit kesal apabila azam untuk bangun sepertiga malam dan bermunajat kepadaNya sebaik Keena memulakan persekolahan belum berkesampaian. Azam untuk mendekatkan diri dengan Al Quran pada setiap hari juga belum tercapai. Yang menampakkan sedikit kejayaan ialah azam saya untuk buat solat sunat afdhal yang 10 - Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Rasulullah SAW: 2 rakaat sebelum solat Zhuhur, 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi), itupun kadangkala ada yang tertinggal. Solat sunat dhuha dan witir juga nampak sedikit kesukaran untuk diistiqamahkan. Namun, di sebalik semua itu, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tetap mendengar doa saya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... Terima kasih, Ya Allah...

Saya turut berdoa agar Allah jauhkan saya dari sifat riak dan takbur dengan kejayaan anak saya ini, kerana sesungguhnya segalanya datang dari Allah jua. Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk terus beribadah kepadaNya, seperti suruhanNya dalam Ayat 56, Surah Az Zariyat - "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Kepada anak kesayangan, Keena, juga saya titipkan nasihat agar jangan riak dan takbur. Semoga kejayaan ini buat dia lebih dan sentiasa bersyukur.

Tahniah, sayang! Jgn lupa ucap syukur pada Allah, Alhamdulillah... ;)
Ingin terus meraih solehah, demi cinta kepada Allah.

Tuesday, January 11, 2011

Takut Hanya Pada ALLAH!

Anak-anak kesayangan ibu, takut hanya pada ALLAH tau...!
-Gambar masa makan di kedai 'RungWa' Cik Usop, Bt 14 pd Jumaat, 7 Jan 2011-

10 Jan 2011 - Selepas makan malam, saya duduk bersama suami menonton berita sambil melipat pakaian. Keena sibuk mengemas beg sekolah. Rayyan sibuk 'menolong' kak longnya 'mengemas' sama.

Keena: Ibu, teman Keena naik atas pergi bilik. Keena nak ambil sharpener.
Ibu: Pergilah naik sendiri.
Keena: Takutla...
Ibu: Takut apa?
Keena: Takutla...
Ibu: (Sambil senyum sinis...) Kita kena takut hanya pada yang Satu saja... Tau tak apa? (saje test...)
Keena: Takut pada Allah... (jawab dengan penuh yakin)
Ibu: Haa... tau takpe...
Keena: Rayyan, jom teman kak long naik atas. (walaupun jawab penuh yakin, tapi tetap takut nak naik atas sendiri! ;P)
Rayyan: Tak nak! Yen takut Awwah! (Rayyan takut Allah!)
Keena, Ibu & Ayah: (Terdiam 3 saat, lepas tu...) Hahahahaha...

Rayyan, Rayyan... Konsep TAKUT ALLAH dah betul dah. Tapi, bukanlah sampai takut nak ke mana-mana sebab takut Allah, ye sayang... :) Semoga satu hari nanti, Rayyan akan faham. Dan semoga bila dah faham, konsep takutkan Allah dapat betul-betul meresap dalam jiwa dan kehidupan anak-anak ibu. Supaya takut nak buat apa yang Allah larang dan hanya buat yang Allah suruh.

Muhasabah diri sendiri: Kalau betul Takut Hanya Pada Allah, sudahkah betul-betul tinggalkan segala larangan Allah? Sudahkah betul-betul buat segala suruhan Allah? Diri ini malu sendiri, dan malu dengan Allah. Rayyan pun pandai takutkan Allah (walaupun kurang faham konsep, sebab baru nak masuk 2 tahun!) Inikan pula Ibu yang dah nak masuk 33 tahun hidup! Masih tak fahamkah konsep takutkan Allah, atau buat-buat tak faham?

Subhanallah, peristiwa lucu Rayyan takut Allah tadi mungkin biasa saja. Takut Allah, juga mungkin perkara mudah. Tapi, benar-benarkah kita menghayatinya?

Alhamdulillah, Allah beri peringatan mudah melalui anak-anak. Terima kasih, ya Allah. Terima kasih, Rayyan sayang, dan terima kasih Keena sayang. :)

Ingin terus meraih solehah, demi cinta kepada Allah.

Friday, January 7, 2011

Hari Orientasi Tahun 1

Front View: SK Bdr Teknologi Kajang (picture by azella@panoramio.com)

31 Disember 2010, hari orientasi murid tahun 1 di SK Bdr Teknologi Kajang, sekolah Keena yang baru! Alhamdulillah, Allah beri kesempatan kepada saya untuk hidup dan witness anak kesayangan saya masuk sekolah rendah. Rasa baru semalam 'berjuang' untuk melahirkannya, tup tup hari ni dah masuk tahun 1! Cepatnya masa berlalu, dah besar dah anak ibu. Which also means - dah tua dah ibu! Huhuhu... :P

Kami sampai di sekolah pada jam 7.45 pagi. Walaupun pendaftaran dijadualkan pada 8 pagi, masa kami sampai, dah ramai dah parents dan anak-anak tahun 1 yang dah sampai. Di papan tanda, nama Keena di kelas 1 Tekun, lalu kami cari meja pendaftaran kelas 1 Tekun. Wajah guru kelasnya lembut, selembut namanya juga - Cikgu Rafidah. Ada borang-borang diberi kepada kami untuk diisi, dan anak-anak perlu berbaris ikut kelas.
Lepas hantar Keena berbaris, kami duduk di tepi. Suami melayan Rayyan yang kami bawa sekali dan saya mengisi borang-borang yang perlu.

Keena dan kawan-kawan dibawa guru masuk ke kelas sementara parents diminta ke foyer untuk taklimat. Taklimat dari Guru Besar sekolah tentang kurikulum baru (KSSR) dan beberapa perkara tentang disiplin sekolah dan sebagainya. Saya rasa macam kena ketuk bila Guru Besar kata, anak-anak zaman sekarang bukan macam anak-anak zaman dulu, takut bila dimarah, akur bila dirotan. Anak-anak zaman sekarang perlu dipujuk, dibelai, disayang. Kena batang hidung sendiri, banyak kali juga hilang sabar dan marah anak-anak, dan memang betul, selalunya bila marah, anak-anak tak takut pun, ikut sama marah lagi ada! Jadi, sempena Tahun Baru (Hijri dan Masihi), saya berazam tak nak marah-marah anak-anak lagi! :D

Sedang dengar taklimat, suami yang tadinya entah ke mana melayan Rayyan, datang dan suruh saya bawa Rayyan ke kantin untuk minum pagi. Touched a bit by his caring motion (bkn selalu dapat witness.. hehe..) sebab dia tahu saya tak boleh lambat makan. Tak boleh perut kosong, nanti pening kepala. So, saya bawa Rayyan ke kantin sekolah untuk makan. Saya makan nasi lemak, Rayyan pula nak mi. Lepas makan, saya ke foyer semula dan suruh suami pula pergi makan. Bila habis taklimat, saya ke kantin untuk ajak suami ke kelas Keena untuk bayar yuran dan ambil buku teks.

Sampai di kelas Keena, nampak dia dah mula ada kawan-kawan. Rupanya mereka baru selesai buat Ujian Penilaian untuk tentukan kelas. Bila Keena nampak saya, dia datang dengan excited. Tapi mengadu ujian tadi susah sangat. Yang peliknya, bila jumpa cikgunya untuk ambil buku teks, cikgunya kata, Keena habis buat ujian paling awal! Macam mana soalan susah boleh habis awal ye? Keena sengih je bila saya tanya. Dalam hati saya - jawab main hentam je la agaknya tu! Hehe...

Selepas ambil buku teks, Keena mengadu lapar. Lalu kami ke kantin semula, sementara saya pun nak beli buku di kedai buku sekolah yang berhampiran kantin. Kena beratur panjang di kedai buku, dan makanan di kantin pun dah habis. Kesian Keena, masam je mukanya sebab lapar. Saya pujuk dan kata dia boleh pilih hendak makan di mana selepas saya selesai beli buku. "Nak Kenny Rogers..." kata Keena. Saya senyum dan kata OK! Dalam hati, 'dah agak dah...' :)

Lepas selesai beli buku, kami ke Kenny Rogers. Saya tak sempat nak ambil gambar Keena di sekolah, tapi Keena ambil gambar dia sendiri di Kenny Rogers:





Lepas makan, kami bergegas balik sebab suami nak solat Jumaat. Keena & Rayyan terus tertidur dalam kereta, tak sempat sampai rumah. Keletihan. :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

3 Januari 2011 - Keena is officially a Year 1 student today! :D Both hubby and me took the day off for Keena. Hubby took Keena to school at 7.15 while I stayed home, waiting for Rayyan to wake up and sent him off to nanny (Kak Ton)'s house. I went to Keena's school also after that. We were outside Keena's class just watching her 'playing' a primary school student. Alhamdulillah... :)

We stayed a while until break time to see whether she knew her way to the canteen, how to buy and how to use her pocket money. Alhamdulillah, she didn't have any problem. Then, we went home and waited for her to come home at 1. She arrived home with school van quite late at about 1.30 pm. We had lunch, and Keena then got ready for Sekolah Agama in the afternoon. The school van arrived at 2.30 pm to fetch Keena and took her to the school. Hubby and me rode on our motorbike and followed the school van to school too. 

Her pose before she went to school... ;)





At school, we checked her class and I had to queue to register her. She's in 1 Ali bin Abi Talib. She was quite excited to hear her class name because of 'Talib'! (her atok - my dad's name) Hahaha... :D After registration,  there was a short announcements given by Ustaz Asri. Then, we went home because there was no class for year one students yet for the day. We were home by 4 pm, and Keena fell asleep, so was his daddy!

I'm so thankful that the day went well. Maybe because she's used to school since she was 4, there was no major issues in her 'real' school, Alhamdulillah. Praise be to Allah. I'm also happy to see my beloved daughter enjoying her days in school, and I pray that she'll continue to enjoy school until the end of her schooling days.

We parents were asked what our hopes are for our Kasreena Rumaisya in one of the forms we had to fill in at SK Bandar Teknologi. My husband wrote - 'Menjadi anak yang solehah, yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.' I was so touched by that, I had to pretend I was playing with Rayyan to stop me from crying my tears out! ;P

'Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan seluruh umat manusia. Semoga mereka diberi ilmu yang bermanfaat, yang akan mereka manfaatkan hanya ke jalanMu, Ya Allah. Kasihanilah anak-anak kami, Ya Allah, lindungilah mereka sentiasa, dan berilah taufik dan hidayahMu kepada mereka. Hanya kepadaMu tempat kami meminta.'

Ingin terus meraih Solehah, demi Cinta kepada Allah.