Anak-anak kesayangan ibu, takut hanya pada ALLAH tau...! -Gambar masa makan di kedai 'RungWa' Cik Usop, Bt 14 pd Jumaat, 7 Jan 2011- |
10 Jan 2011 - Selepas makan malam, saya duduk bersama suami menonton berita sambil melipat pakaian. Keena sibuk mengemas beg sekolah. Rayyan sibuk 'menolong' kak longnya 'mengemas' sama.
Keena: Ibu, teman Keena naik atas pergi bilik. Keena nak ambil sharpener.
Ibu: Pergilah naik sendiri.
Keena: Takutla...
Ibu: Takut apa?
Keena: Takutla...
Ibu: (Sambil senyum sinis...) Kita kena takut hanya pada yang Satu saja... Tau tak apa? (saje test...)
Keena: Takut pada Allah... (jawab dengan penuh yakin)
Ibu: Haa... tau takpe...
Keena: Rayyan, jom teman kak long naik atas. (walaupun jawab penuh yakin, tapi tetap takut nak naik atas sendiri! ;P)
Rayyan: Tak nak! Yen takut Awwah! (Rayyan takut Allah!)
Keena, Ibu & Ayah: (Terdiam 3 saat, lepas tu...) Hahahahaha...
Rayyan, Rayyan... Konsep TAKUT ALLAH dah betul dah. Tapi, bukanlah sampai takut nak ke mana-mana sebab takut Allah, ye sayang... :) Semoga satu hari nanti, Rayyan akan faham. Dan semoga bila dah faham, konsep takutkan Allah dapat betul-betul meresap dalam jiwa dan kehidupan anak-anak ibu. Supaya takut nak buat apa yang Allah larang dan hanya buat yang Allah suruh.
Muhasabah diri sendiri: Kalau betul Takut Hanya Pada Allah, sudahkah betul-betul tinggalkan segala larangan Allah? Sudahkah betul-betul buat segala suruhan Allah? Diri ini malu sendiri, dan malu dengan Allah. Rayyan pun pandai takutkan Allah (walaupun kurang faham konsep, sebab baru nak masuk 2 tahun!) Inikan pula Ibu yang dah nak masuk 33 tahun hidup! Masih tak fahamkah konsep takutkan Allah, atau buat-buat tak faham?
Subhanallah, peristiwa lucu Rayyan takut Allah tadi mungkin biasa saja. Takut Allah, juga mungkin perkara mudah. Tapi, benar-benarkah kita menghayatinya?
Alhamdulillah, Allah beri peringatan mudah melalui anak-anak. Terima kasih, ya Allah. Terima kasih, Rayyan sayang, dan terima kasih Keena sayang. :)
Ingin terus meraih solehah, demi cinta kepada Allah.
No comments:
Post a Comment