hai anakku... kadang-kadang hati mengeluh sendiri apabila berdepan dengan kerenah anak sulung saya yang seorang ini. memang sejak kecil KEENA banyak kerenah. pengalaman melahirkannya lebih segar di ingatan berbanding RAYYAN walaupun melahirkan Keena lebih 6 tahun lalu, sementara Rayyan, lebih 1 tahun lalu. sakit hendak melahirkan saya alami lebih 24 jam, saya orang pertama masuk ke 'labour room' pada jam 7 pagi, dan saya juga orang terakhir meninggalkan 'labour room' pada jam 3 petang.
6 bulan pertama Keena benar-benar menguji saya. apa tidaknya, setiap malam sebelum tidur, Keena akan menangis dengan bersungguh-sungguh (bahasa kasarnya 'melalak'!). selepas menangis sehingga kadang-kadang sampai hilang suaranya, barulah dia akan tidur. kadang-kadang, saya turut menangis sama. menangis kerana kesiankan anak kesayangan, juga menangis kerana letih menghadapi situasi sebegitu saban malam. saya tidak pernah bawa Keena berubat kerana kata tok wan saya, setengah-setengah bayi memang begitu, sawan tangis. lama-lama akan baik sendiri. jadi, suami tersayang hanya membacakan ayat-ayat Al-Quran buat Keena pada setiap malam. tapi Keena tetap menangis... mujur hanya sehingga dia 6 bulan!
semakin besar, Keena semakin bijak, keletah. saya akui Keena selalu jadi perhatian kerana kepetahannya bercakap. dia juga sering dikatakan 'bijak' kerana cepat belajar apa yang diajar padanya. nombor, huruf, al-fatihah dan ayat kursi dapat dihafal pada usia sangat muda. saya bersyukur dengan kurniaan Allah. walaupun begitu, Keena banyak ragam. dia cepat marah (bahasa kasarnya 'mengamuk'!) sekiranya tidak dapat apa yang dikehendakinya. cepat marah bila diusik.
kini, umur Keena sudah 6 tahun lebih. tapi masih ada ragam dan kerenah waktu kecilnya 'terlekat' padanya sampai hari ini. selalunya memang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu, lebih-lebih lagi seorang muslim.
hari ini, saya bersyukur kepada Allah kerana di saat saya buntu memikirkan cara untuk menangani Keena dengan lebih berkesan, Allah beri saya petunjuk. 2 kualiti utama yang perlu ada pada seorang ibu (muslimah) yang baik. (terima kasih juga kepada penulis blog yang saya ikut itu kerana berkongsi ilmu.)
-------------------------------------------------------
2 most important qualities of a good MUSLIM mother:
1) AWARENESS OF DUTY TO ALLAH
1) AWARENESS OF DUTY TO ALLAH
A pious mother is aware of her responsibilities as a Muslim mother. She is confident in the message sent by Allah, and knows that she is accountable for the way she raises her child. The problems that she faces as a mother do not disturb her too much as she knows these are a means of securing the pleasure of the Almighty. When her efforts and actions are focused on such a belief, there is great contentment and satisfaction in what she does. It is not a burden, or an unpleasant task, but a duty which she tries to perform with excellence.
2) SACRIFICE AND DEDICATION
A good mother places the needs of the child; both physical and emotional-first. This is an important point to keep in mind, especially in these modern times. Women today are deluded by society into making their own careers and jobs more important than their homes. The home will always remain a woman’s most valuable work and that may require all types of sacrifices. It is not really a sacrifice, but is an investment which will reap great dividen.
(source: Ibunoor's Blog @ www.ibunoor.com)
----------------------------------------------
selepas menghayati tulisan di atas, saya berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa saya. dosa kerana berburuk sangka dengan anak kesayangan. dosa kerana tidak redha dengan kurniaan Allah. dosa kerana menuding jari kepada anak kesayangan kononnya dia banyak ragam, banyak kerenah. sedang sebenarnya saya yang tidak sedar tanggungjawab saya yang sebenar. saya yang tidak meletakkan kebajikan & emosi anak-anak sebagai satu keutamaan. apalah lagi dunia seorang ibu jika bukan anak-anaknya? jadi mengapa saya mesti mengeluh? janji Allah sepatutnya saya pegang teguh. rupa-rupanya selama ini, saya yang masih alpa...
semoga diberi kekuatan oleh Ilahi untuk menjadi ibu mithali... :)
No comments:
Post a Comment