sesal? sudah tak berguna lagi. jadi? apa perlu saya buat? saya yakin saya belum terlambat. saya juga yakin Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun. justeru, saya tetapkan hati, saya mahu hidup saya yang bersifat sementara ini ada matlamatnya. saya tidak mahu lagi hidup saya ini sia-sia belaka.
saya mahu menjadi hamba-Nya yang taat. saya mahu menjadi isteri solehah buat suami yang saya cintai. saya mahu menjadi ibu mithali buat anak-anak yang saya sayangi. saya mahu menjadi anak yang berbakti kepada mak & ayah yang sangat saya sanjungi. saya mahu menjadi kakak yang baik buat adik-adik tersayang.
saya tahu apa yang perlu saya lakukan. saya cuma berdoa agar Allah memberikan saya kekuatan untuk melakukan semuanya. saya juga berdoa agar kali ini saya istiqamah. saya berdoa agar Allah menerima taubat saya. saya amat bersyukur dengan apa yang Allah beri pada saya, paling istimewa - kesedaran ini yang datang selepas lebih 30 tahun saya hidup, alhamdulillah... Allah sangat sayangkan saya, Dia tidak membiarkan saya terus hanyut lebih lama.
semoga hidup saya yang sementara ini diberi redha oleh-Nya, kerana sesungguhnya saya mahukan kehidupan yang lebih abadi nanti di sana... :)
No comments:
Post a Comment